Isnin, 27 Februari 2012

PROLOG....


Prolog

Lahirnya seorang insan

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”
(Surah at-Tahrim:6)




      Pada awal bulan 6 tahun1994 Masihi bersamaan 26 Zulhijjah 1414 Hijrah. Haji Fauzi dan keluarganya tinggal di Taman Laksamana, sebuah taman yang kecil namun jiran dalam taman itu mengamalkan semangat kejiranan. Setiap hari, Haji Fauzi terpaksa berulang alik dari kediamannya ke pejabat Tabung Haji bagi mencari rezeki yang ditaburkan oleh Allah di muka bumi ini. Kekadang Haji Fauzi terpaksa pergi luar negeri bagi menyelesaikan masalah Jemaah haji di sana.
 Pada suatu petang, Hajah Jamilah yang sedang sarat mengandung anak keempat menunggu kepulangan suaminya. Tidak lama kemudian, Hajah Jamilah terdengar deruman enjin kereta Proton Wira yang sedikit uzur. Ketiga-tiga anak kecil Hajah Jamilah berlari ke arah pintu rumah tanpa mengendahkan amaran ibunya, “Along, Kakak,Udin, jangan lari, nanti jatuh, sakit!”
Image Detail
     


      Mereka menunggu di halaman rumah dengan penuh teruja seperti tunggu giliran untuk mengambil hadiah. Sebaik sahaja Haji Fauzi membuka pintu kereta, Udin terus berlari ke arah ayahandanya yang tersayang sambil menjerit, “Udin sayang ayah!” Along dan Kakak menjelingkan mata mereka tanda cemburu dengan perlakuan Udin. Hajah Jamilah yang dapat menghidu kerenah Along dan Kakak terus berkata , “Tak payahlah nak berlagak macam orang dah besar, pergi peluk ayah cepat, jangan biarkan Udin seorang sahaja yang dapat.” Along dan Kakak tersenyum dan berkata dengan serentak, “Kita tunggu ayah masuk sebab Mak selalu kata sabar itu sebahagian daripada iman, kan?” Hajah Jamilah tersenyum apabila mendengar jawapan daripada dua orang anaknya walaupun umur mereka baru setahun jagung.
      Haji Fauzi memberi salam dengan wajah yang ceria sambil mendukung Udin, “Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh, wahai anak-anak ayah dan isteriku.” Mereka menjawab salam tersebut. “Selamat pulang  suamiku. Semoga Allah merahmati kehidupan kita sekeluarga,” kata Hajah Jamilah sambil menyambut kepulangan suaminya dengan wajah ceria.
      Kemudian katanya lagi, “Kakanda tentu kehausan. Minumlah air ini bagi menghilangkan dahaga.” Hajah Jamilah tersenyum sambil menghulurkan segelas air minuman kepada suaminya.
      “Terima kasih, adinda. Cuaca hari ini sungguh panas,” kata Haji Fauzi lalu meneguk air itu bagi mneghilangkan dahaganya dengan membiarkan anak-anaknya bermain di halaman rumah.
      Kemudian dia termenung seolah-olah ada sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya. Hajah Jamilah berasa tidak senang hati. Dia terus mengambil sebatang rotan lalu dihulurkan kepada suaminya.
      “Sekiranya ada perkara yang tidak menyenangkan hati kakanda ataupun menimbulkan kemarahan kakanda pada hari ini, pukullah adinda dengan rotan ini.”
      Haji Fauzi terkesima lalu memandang isterinya dengan penuh kasih sayang. Dia dapat melihat cahaya keimanan yang terpancar daripada wajah isterinya yang solehah. Dia tahu yang isterinya tidak pernah meninggalkan ibadahnya bersama-sama dengan dia dengan sengaja terutamanya pada waktu qiamullail. Dia juga tahu yang isterinya sering berqasidah dan berzikir jika ada waktu lapang. Itulah yang membuatkan Haji Fauzi semakin mencintainya.
     “Adinda adalah isteri yang baik dan sedang mengandungkan zuriatku. Simpanlah rotan ini kerana kakanda tidak tergamak memukulmu. Tambahan pula, adinda tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak menyakiti hatiku,” katanya sambil tersenyum.
      “Sebentar tadi kakanda termenung seperti ada sesuatu yang tidak menyenangkan hati. Adinda khuatir sekiranya melukakan hati kakanda,” kata Hajah Jamilah.
      “Kakanda sedang memikirkan nasib kita yang berada jauh dari kampung halaman. Tambahan pula kita miskin tidaklah semewah seperti orang lain. Kakanda tidak mampu memberikan kehidupan yang mewah kepada adinda dan anak-anak kita.”
      “Apakah kakanda sudah lupa dengan janji kita sebelum kita bernikah?” Tanya Hajah Jamilah.
      “Masakan kakanda boleh lupa yang kita pernah berjanji akan bersama menghadapi suka ataupun duka sepanjang kehidupan kita bersama,” jawab Haji Fauzi.
      “Bersabarlah wahai kakanda. Adinda dan anak-anak tetap bahagia walaupun kita hidup kita ini tidak semewah orang lain, yang penting adalah jiwa dan hati kita mewah dengan ilmu dan keimanan. Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 153: “Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”. Allah akan bersama dengan kakanda jika kakanda bersabar, pohonlah kepada Yang Maha Pencipta kerana Dia Maha Kuasa atas segala-galanya,” kata Hajah Jamilah sambil tersenyum.
      Dia berasa bertuah kerana mendapat isteri yang solehah. Hajah Jamilah melakukan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik dan tidak pernah bersungut walau kehidupan mereka tidak semewah orang lain.
      “Hari ini genap sembilan bulan kandungan ini. Tidak lama adinda bakal melahirkan zuriat kakanda, Insya-Allah,” kata Hajah Jamilah dengan penuh harapan.
      “Kakanda juga gembira. Semoga kita mendapat anak lelaki. Apabila besar kelak menjadi seorang pendakwah yang penyabar dan berjaya dalam kegiatan dakwahnya,” kata Haji Fauzi pula, juga dengan penuh harapan.
      “Kenapa anak lelaki lagi?” gurau Hajah Jamilah.
      “Kalau begitu, adinda nak perempuan ana tidak kisah, yang penting adalah kakanda berharap anak kita itu seorang pendakwah yang sabar dan berjaya,” kata Haji Fauzi dengan sedikit tertawa.
      “Adinda bergurau sahaja. Semoga anak kita tahu akan erti sebenar sabar dan dapat mencontohi teladan Rasulullah S.A.W.,” kata Hajah Jamilah sambil tersenyum.
      Haji Fauzi tersenyum melihat gelagat isterinya yang mahu suaminya lupakan segala kekusutan. Haji Fauzi juga mempunyai harapan yang sama seperti isterinya. Umat Islam ketika ini terutamanya remaja sudah berada di ambang kemaksiatan dan kehancuran. Tiba-tiba Haji Fauzi teringat kata-kata Saidina Umar Al-Khattab lalu terus berkata, “Kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang.” Hajah Jamilah dan Haji Fauzi mengangguk kepala tanda setuju sambil beristighfar.
      Mereka berdoa agar harapan mereka menjadi kenyataan. Biarlah kita miskin harta benda tetapi kaya dengan iman, ilmu, akhlak.

Air muka Hajah Jamilah tiba-tiba berubah. Hilang senyuman yang tadinya terukir di bibir. Dahinya tiba-tiba sahaja berpeluh dan dia melutut agak lemah di hadapan suaminya. Haji Fauzi lantas menyambut tangan isteri kesayangannya itu dan menggenggam erat ke dalam pelukannya.

   “Adinda?” Dahinya berkerut, jelas tergambar kebimbangan pada wajahnya. Along, Kakak, dan Udin berlari masuk ke ruang tamu rumah itu dan berebut  mendapatkan ibunya.

    “Masanya sudah tiba..,”balas Hajah Jamilah sambil mengucup tangan suaminya dan mengusap lembut kandungannya. Dia kelihatan tenang.

        “Apa?”jawab Haji Fauzi, sedikit terkejut.
        “ Yea, Udin nak dapat adik !” teriak Udin girang sambil melompat-lompat   tanpa mempedulikan Along dan Kakak.

                                                        *******