Prolog
Lahirnya seorang insan
“Wahai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak
menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan”
(Surah at-Tahrim:6)
Pada awal bulan 6 tahun1994 Masihi
bersamaan 26 Zulhijjah 1414 Hijrah. Haji Fauzi dan keluarganya tinggal di Taman
Laksamana, sebuah taman yang kecil namun jiran dalam taman itu mengamalkan
semangat kejiranan. Setiap hari, Haji Fauzi terpaksa berulang alik dari
kediamannya ke pejabat Tabung Haji bagi mencari rezeki yang ditaburkan oleh
Allah di muka bumi ini. Kekadang Haji Fauzi terpaksa pergi luar negeri bagi
menyelesaikan masalah Jemaah haji di sana.
Pada suatu petang, Hajah Jamilah yang sedang sarat mengandung anak keempat menunggu kepulangan suaminya. Tidak lama kemudian, Hajah Jamilah terdengar deruman enjin kereta Proton Wira yang sedikit uzur. Ketiga-tiga anak kecil Hajah Jamilah berlari ke arah pintu rumah tanpa mengendahkan amaran ibunya, “Along, Kakak,Udin, jangan lari, nanti jatuh, sakit!”
Pada suatu petang, Hajah Jamilah yang sedang sarat mengandung anak keempat menunggu kepulangan suaminya. Tidak lama kemudian, Hajah Jamilah terdengar deruman enjin kereta Proton Wira yang sedikit uzur. Ketiga-tiga anak kecil Hajah Jamilah berlari ke arah pintu rumah tanpa mengendahkan amaran ibunya, “Along, Kakak,Udin, jangan lari, nanti jatuh, sakit!”
Mereka menunggu di halaman
rumah dengan penuh teruja seperti tunggu giliran untuk mengambil hadiah. Sebaik
sahaja Haji Fauzi membuka pintu kereta, Udin terus berlari ke arah ayahandanya
yang tersayang sambil menjerit, “Udin sayang ayah!” Along dan Kakak
menjelingkan mata mereka tanda cemburu dengan perlakuan Udin. Hajah Jamilah yang
dapat menghidu kerenah Along dan Kakak terus berkata , “Tak payahlah nak
berlagak macam orang dah besar, pergi peluk ayah cepat, jangan biarkan Udin
seorang sahaja yang dapat.” Along dan Kakak tersenyum dan berkata dengan
serentak, “Kita tunggu ayah masuk sebab Mak selalu kata sabar itu sebahagian
daripada iman, kan?” Hajah Jamilah tersenyum apabila mendengar jawapan daripada
dua orang anaknya walaupun umur mereka baru setahun jagung.
Haji Fauzi memberi salam
dengan wajah yang ceria sambil mendukung Udin, “Assalamualaikum warahmatullah
hiwabarokatuh, wahai anak-anak ayah dan isteriku.” Mereka menjawab salam tersebut.
“Selamat pulang suamiku. Semoga Allah
merahmati kehidupan kita sekeluarga,” kata Hajah Jamilah sambil menyambut
kepulangan suaminya dengan wajah ceria.
Kemudian katanya lagi,
“Kakanda tentu kehausan. Minumlah air ini bagi menghilangkan dahaga.” Hajah
Jamilah tersenyum sambil menghulurkan segelas air minuman kepada suaminya.
“Terima kasih, adinda. Cuaca
hari ini sungguh panas,” kata Haji Fauzi lalu meneguk air itu bagi
mneghilangkan dahaganya dengan membiarkan anak-anaknya bermain di halaman
rumah.
“Sekiranya ada perkara yang
tidak menyenangkan hati kakanda ataupun menimbulkan kemarahan kakanda pada hari
ini, pukullah adinda dengan rotan ini.”
Haji Fauzi terkesima lalu
memandang isterinya dengan penuh kasih sayang. Dia dapat melihat cahaya
keimanan yang terpancar daripada wajah isterinya yang solehah. Dia tahu yang
isterinya tidak pernah meninggalkan ibadahnya bersama-sama dengan dia dengan
sengaja terutamanya pada waktu qiamullail. Dia juga tahu yang isterinya sering
berqasidah dan berzikir jika ada waktu lapang. Itulah yang membuatkan Haji
Fauzi semakin mencintainya.
“Adinda adalah isteri yang
baik dan sedang mengandungkan zuriatku. Simpanlah rotan ini kerana kakanda
tidak tergamak memukulmu. Tambahan pula, adinda tidak melakukan apa-apa
kesalahan dan tidak menyakiti hatiku,” katanya sambil tersenyum.
“Sebentar tadi kakanda
termenung seperti ada sesuatu yang tidak menyenangkan hati. Adinda khuatir
sekiranya melukakan hati kakanda,” kata Hajah Jamilah.
“Kakanda sedang memikirkan
nasib kita yang berada jauh dari kampung halaman. Tambahan pula kita miskin
tidaklah semewah seperti orang lain. Kakanda tidak mampu memberikan kehidupan
yang mewah kepada adinda dan anak-anak kita.”
“Apakah kakanda sudah lupa
dengan janji kita sebelum kita bernikah?” Tanya Hajah Jamilah.
“Masakan kakanda boleh lupa
yang kita pernah berjanji akan bersama menghadapi suka ataupun duka sepanjang
kehidupan kita bersama,” jawab Haji Fauzi.
“Bersabarlah wahai kakanda.
Adinda dan anak-anak tetap bahagia walaupun kita hidup kita ini tidak semewah
orang lain, yang penting adalah jiwa dan hati kita mewah dengan ilmu dan
keimanan. Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 153: “Wahai orang
yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat,
sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”. Allah akan bersama dengan kakanda
jika kakanda bersabar, pohonlah kepada Yang Maha Pencipta kerana Dia Maha Kuasa
atas segala-galanya,” kata Hajah Jamilah sambil tersenyum.
Dia berasa bertuah kerana
mendapat isteri yang solehah. Hajah Jamilah melakukan tanggungjawabnya sebagai
isteri dengan baik dan tidak pernah bersungut walau kehidupan mereka tidak
semewah orang lain.
“Hari ini genap sembilan
bulan kandungan ini. Tidak lama adinda bakal melahirkan zuriat kakanda,
Insya-Allah,” kata Hajah Jamilah dengan penuh harapan.
“Kakanda juga gembira.
Semoga kita mendapat anak lelaki. Apabila besar kelak menjadi seorang pendakwah
yang penyabar dan berjaya dalam kegiatan dakwahnya,” kata Haji Fauzi pula, juga
dengan penuh harapan.
“Kenapa anak lelaki lagi?”
gurau Hajah Jamilah.
“Kalau begitu, adinda nak
perempuan ana tidak kisah, yang penting adalah kakanda berharap anak kita itu seorang
pendakwah yang sabar dan berjaya,” kata Haji Fauzi dengan sedikit tertawa.
“Adinda bergurau sahaja.
Semoga anak kita tahu akan erti sebenar sabar dan dapat mencontohi teladan
Rasulullah S.A.W.,” kata Hajah Jamilah sambil tersenyum.
Haji Fauzi tersenyum melihat
gelagat isterinya yang mahu suaminya lupakan segala kekusutan. Haji Fauzi juga
mempunyai harapan yang sama seperti isterinya. Umat Islam ketika ini
terutamanya remaja sudah berada di ambang kemaksiatan dan kehancuran. Tiba-tiba
Haji Fauzi teringat kata-kata Saidina Umar Al-Khattab lalu terus berkata,
“Kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya
sekarang.” Hajah Jamilah dan Haji Fauzi mengangguk kepala tanda setuju sambil
beristighfar.
Mereka berdoa agar harapan
mereka menjadi kenyataan. Biarlah kita miskin harta benda tetapi kaya dengan
iman, ilmu, akhlak.
Air muka Hajah
Jamilah tiba-tiba berubah. Hilang senyuman yang tadinya terukir di bibir.
Dahinya tiba-tiba sahaja berpeluh dan dia melutut agak lemah di hadapan
suaminya. Haji Fauzi lantas menyambut tangan isteri kesayangannya itu dan
menggenggam erat ke dalam pelukannya.
“Adinda?” Dahinya
berkerut, jelas tergambar kebimbangan pada wajahnya. Along, Kakak, dan Udin
berlari masuk ke ruang tamu rumah itu dan berebut mendapatkan ibunya.
“Masanya sudah tiba..,”balas Hajah
Jamilah sambil mengucup tangan suaminya dan mengusap lembut kandungannya. Dia
kelihatan tenang.
“Apa?”jawab Haji Fauzi,
sedikit terkejut.
“
Yea, Udin nak dapat adik !” teriak Udin girang sambil melompat-lompat tanpa mempedulikan Along dan Kakak.
*******
teruskan novel..=)
BalasPadam