Hati,
Satu makhluk yang diciptakan oleh Yang Maha Berkuasa.
Jika disebut tentang kesakitan,
Tiada ubat yang mampu menyembuhkannya,
Yang mampu menghilangkannya.
Tetapi,
Allahu Rabb telah mengurniakan satu mukjizat,
Satu rahmat,
Satu anugerah,
Satu penyembuh,
Satu penawar.
Ubat yang mampu memberi cahaya penawar kepada hati.
Yang telah menjadi panduan buat manusia.
Kalamullah yang tercinta.
Duhai hati,
Jangan engkau bersedih,
Jangan engkau meraung kesakitan.
Percayalah,
Tiada seseiapa yang mampu membantumu,
Tiada sesiapa yang mahu mendengarnya.
Hanya Allahu Rabb yang menjadi tempat buatmu mengadu,
Menjadi tempat buatmu meminta.
Tiada sesiapa pun yang mampu mendengar jeritan suara
hatimu.
Hanya Allahu Rabb yang setia mendengar.
Duhai hati,
Jangan palingkan keimananmu kepada Allah,
Jangan palingkan kebergantunganmu kepada Allah,
Dan jangan juga sesekali kamu angkuh dan sombong
kepada Allahu Ahad!
Allahu Ahad!
Allahu Ahad!
Bergembiralah dan senyumlah biarpun palsu dan plastik.
Agar keikhlasan datang menjenguk.
Duhai hati,
Pesananku hanya satu,
Cintailah Allahu Rahman wa Rahim,
Cintailah Rasulullah Habibullah,
Cintailah Ad-Deenul Islam,
Cintailah Kitabullah Asy-Syifa’,
Cintailah segala yang Allah dan Rasul-Nya cintakan,
Termasuk hamba-hamba-Nya iaitu ibu dan ayahmu.
Dengan itu,
Pasti cahaya Hidayah-Nya datang membuka pintumu,
Datang mencerahkan isimu dengan dengan segala hikmah
dan kebaikan.
Duhai hati,
Engkaulah raja,
Akal meneterimu,
Tubuh rakyatmu.
Semoga engkau menjadi raja yang bertakwa dan
bertawakal.
Allahu Akbar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan