Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan salam ukhuwah fillah. Maafkan saya kerana lama tidak update blog ini. Alhamdulillah, saya akan mula update tapi pertengahan bulan 6 mungkin lambat update. Maafkan saya banyak-banyak. Sekarang ialah post tentang pendahuluan sebuah cerpen yang saya telah perbaharui. Sama dengan yang lepas tapi yang ini hasil saya dan rakan-rakan yang saya cintai. Terimalah...
~KASIH SEORANG
SAHABAT~
Begitu sukar untukku menjejak cinta itu,Rupa-rupanya cinta itu tersisip di hatiku.
“Wahai
sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan
wanita, lalu Kami jadikan kamu juga (terdiri daripada) keturunan dan kelompok
yang banyak. Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalangan kamu ialah
orang yang paling bertakwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Mendalam
Pengetahuan-Nya.”
(Surah
al-Hujarat 49:13)
Rasulullah
S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
Perumpaan
seorang sahabat yang baik dan buruk adalah seperti seorang pembawa minyak wangi
dan peniup besi. Pembawa minyak wangi, sama ada dia memberikan minyak wanginya
kepada kamu atau kamu membelinya daripada dia atau kamu terkena bauan yang
wangi daripadanya. Manakala peniup besi itu, sama ada dia menyebabkan pakaianmu
terbakar atau kamu mendapat bauan yang busuk daripadanya.”
(Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Ketika
langkah diatur halus,
Kau
muncul tunjukkan denai yang nyata,
Tersentuh
jiwaku kau yang telus,
Menuntun
diriku menuju cita.
Andai
gerimis terserak pilu,
Andai
mentari hangatnya berganda,
Ku
tahu kau tetap di situ,
Menjadi
teman kala suka dan duka.
Di
lembah ilmiah kita bertemu,
Melenyap
segala gulana gundah,
Sahabat
setia itulah dirimu,
Moga
ukhuwah terus ke Jannah.