Sabtu, 17 November 2012


CINTAILAH SAHABAT KITA! 

Assalamualaikum w.b.t. Selamat bertemu lagi dalam ruang ilmiah yang dikongsi ilmu bersama. Maafkan saya kerana terlalu sibuk sehinggakan lupa untuk mengemas kini blog ini. Harap maafkan ye. Kali ini, saya ingin membawa satu cerpen bersiri yang berkisar sahabat. Pasti anda semua mempunyai sahabat istimewa kan? Saya berharap anda ada, kerana setiap orang pasti ada sahabat yang paling rapat dengan dia. Saya pun ada juga. Jadi kita layan dulu kisah ini dan mengambil ibrah daripada kisah siri pertama ini.

   “Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh!” sergah Affendy memberi salam dengan penuh semangat sambil mengetuk pintu bilik sahabatnya itu. “Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarokatuh!” jawab sahabat-sahabatnya. Affendy bermonolog sendirian, “Oh, kat sini rupanya mereka,” dia terus bertegur sapa dengan semua orang yang berada di dalam bilik itu sambil mengajak mereka pergi surau.Terdapat seorang budak lelaki sedang nyenyak tidur di atas karpet usang. Affendy terus duduk di sebelahnya dan dia berkata kepada orang yang sedang nyenak tidur diulit mimpi.

   “Dah jom, Dolah. Nanti terlambat pula ke surau untuk solat Zuhur.” Dolah hanya mengangguk sahaja.

   Affendy dengan sedaya upaya mengejutkan temannya itu lagi. Namun apa yang dikatakan oleh temannya, “Ya” dan mengangguk sahaja. Affendy tetap mahu mengejutkan temannya itu menunaikan solat Zuhur. Hatinya sedikit terkilan dengan respon yang diberikan oleh temannya itu, namun dia berfikiran positif dengan menyangka bahawa temannya itu kepenatan. Dia mahu mengejutkan temannya itu kerana perasaan cintanya terhadap temannya itu. Dia tidak mahu temannya itu terlepas ganjaraan jemaah pertama di surau.

   Lima minit kemudian, Affendy gagal mengejutkannya,”Tak pelah, Dolah, aku tahu yang engkau tak akan meninggalkan solat. Jangan lupa solat tau  kat surau.”

   Lalu Affendy dengan muka sedikit kecewa, mengejutkan sahabat-sahabat yang lain yang juga asyik dengan mimpinya demi mengajak ke surau bagi menunaikan solat Zuhur kerana Allah di rumah-Nya. Semua teman yang lain sudah pergi kecuali Dolah. Sekali lagi, Affendy mengejutkan Dolah dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Dia tidak mahu memaksa dan memarahinya.

    Selepas Affendy mengejutkan Dolah sekali lagi lalu berkata, “Aku tahu yang engkau tidak suka aku bercakap apabila mengejutkan engkau.” 

   Dolah mengangguk. Affendy hanya mampu tersenyum melihat kerenah temannya walaupun hatinya terluka sedikit. Affendy baru sahaja hendak keluar daripada bilik itu,  temannya lagi seorang iaitu Syafiq masuk dan memberi salam, Affendy dan Dolah menjawabnya.  Affendy dalam hatinya berdoa “Ya Allah, bantulah Abdullah pergi solat Zuhur di surau.” Syafiq pun terus kepada Dolah dan mengejutkannya.

   Dengan sekali tepukan,  Dolah bangun dan berkata “Jom Syafiq.”

   Mereka meninggalkan Affendy tanpa melihat Affendy sambil rancak berbual. Affendy tersenyum sekali dan bersyukur kepada Allah kerana  Dia telah memakbulkan doanya . Affendy pergi ke surau bersendirian dengan kadar segera. Ketika Affendy hendak solat berjemaah, Syafiq dan Dolah juga hendak solat, dalam hatinya “Solatlah di sebelahku.”

   Mereka iaitu teman Affendy pergi sejauh mungkin daripada Affendy walhal sebelah Affendy kosong. Affendy tersenyum tawar pun berkata dalam hatinya dengan tersenyum, “Alhamdulillah, solat pun teman-temanku dalam surau walaupun bukan sebelahku.”

   Selesai sahaja solat Affenndy terus melakukan ibadah selanjutnya iaitu wirid, berdoa, sujud taubat, solat sunat rawatib, dan solat sunat hajat. Selepas itu, Affendy terus membaca al-Quran sebanyak 8 muka surat setiap hari tanpa melihat sahabat-sahabatnya dan teman-temannya kerana Affendy sedang menyemai rasa cintanya kepada Yang Maha Esa. Leka sedang ‘beronline’ dengan Allah tanpa mengetahui bahawa surau itu sudah pun beransur-ansur kosong.

   “Alhamdulillah,” ucap Affendy. Affendy terus sujud dengan penuh tawaduk, khusyuk, rasa hina yang teramat dan kerdil di hadapan Yang Maha Pencipta, Affendy menangis teresak-esak di dalam sujudnya di satu sudut yang tak ramai orang ada iaitu di hujung surau.

   Affendy terus berdoa meluahkan apa yang ada dalam hatinya,

   “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya untuk-Mu, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W. Ya Allah Yang Maha Pengampun, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Esa, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Memberi Petunjuk, Yang Maha Adil, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Melihat! Aku ini hanya hamba-Mu yang sungguh hina, yang sungguh lemah yang tiada kekuatan selain kekuatan itu dipinjamkan oleh-Mu! Ampunilah daku, Ampunilah ibu bapaku, Ampunilah keluargaku, Ampunilah saudara-saudaraku, Ampunilah rakan-rakanku, Ampunilah kaum muslimin wa muslimat mukminin wa mukminat, Ya Allah! Aku tak tahu, Ya Allah. Apa yang harus aku lakukan. Bantulah aku, Ya Allah. Hanya kepada Engkau sahaja yang mampu aku mengadu. Hanya kepada Engkau sahaja aku mampu meminta. Hanya Engkau sahaja yang tahu betapa sedihnya hatiku. Hanya Engkau sahaja yang tahu isi hatiku. Engkaulah Maha Mengetahui. Ya Allah, aku mohon agar Engkau lembutkanlah hati rakan-rakanku menerima aku seadanya terutamanya Dolah yang aku anggap orang yang paling rapat denganku. Aku tak tahu Ya Allah. Aku buntu Ya Allah. Bantulah hambuMu ini, Ya Allah!!! Ya Allah….”

   Affendy terus menangis dengan penuh keesak-esakan. Dia menangis seperti bayi merintih kelaparan. Betapa dia amat berharap agar doa dia diterima. Dia menyambung doanya,

   “Ya Allah, aku memohon hanya kepada Engkau. Kuatkanlah semangatku, bangunkan aku daripada alam fantasi ini. Ya Allah, aku meminta, aku merayu Ya Allah agar hatiku ini tabah menerima segala dugaan agar aku tidak mudah kecewa dengan segala-galanya. Aku tidak akan berputus asa dengan rahmat-Mu, Ya Allah! Ya Allah…..”. 

   Dia terdiam seketika kerana suaranya tidak boleh keluar lagi kerana terlalu sedih dengan apa yang berlaku dengannya sepanjang dia hidup namun dia perlu redha dengan ketentuan Ilahi.

    “Ya Allah, bantulah hambaMu ini menjadi hamba yang bertakwa. Engkau kabulkanlah doaku ini Ya Allah. Ya Allah, aku ialah hamba-Mu yang sangat lemah. Hanya kepada Engkau sahaja aku meminta. Hanya kepada sahaja aku bergantung. Ya Allah, aku memohon agar cintaku terhadap-Mu melebihi segala-galanya. Aku berharap agar cinta sahabat-sahabatku dan teman-temanku terhadapku sama seperti aku mencintai mereka. Ya Allah Engkau limphakanlah rahmat-Mu kepada kaum muslimin dan muslimat. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.”