Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.........
"And when you are greeted with a greeting. Greet
with a better greeting than it or return it: Surely Allah takes account of all
things."
The Holy Qur'an Translation Of [4:86]
Selamat datang ke blog saya! Saya berharap agar
kita dapat berkongsi ilmu di dalam blog saya yang ringkas. Segala kesilapan
harap dimaafkan kerana saya baru hendak belajar menulis dalam blog jadi
kemungkinan ada kesilapan di dalam blog saya. Sebelum itu marilah kita membaca
doa belajar agar ilmu yang diperoleh ini diberkati Allah~
Pesan Imam Syafie: "Tuntutlah ilmu sebanyak
mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan
akhirat."
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Kita mulakan dengan topik kita yang pertama iaitu Halawatu Iman.Apakah Halawatul Iman???? Halawatul Iman ialah
kemanisan iman... Mari hayati pesan Rasulullah SAW...
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang
barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi
kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai
daripada selainnya, dan diamencintai seseorang semata-mata kerana Allah,
dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia
benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita
3 sifat ini (yang tersebut dalam hadith di atas) agar 'kemanisan iman' itu
benar-benar dirasai.
Mengapa perlunya kemanisan iman? Kerana dengan kemanisan
iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam
berdakwah. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa redha dan tawakkal dengan semua
ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa
bersiap siaga untuk Islam.
Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah.
Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi
apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya. Kadang kala
mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang
kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.
Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan
manusia tetapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan iman, hanya kepada
Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan iman, kita akan
sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang
Allah janjikan.
"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg
disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan
pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan"
[32:17]
Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan
iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam
menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. ALLAHU AKBAR!!!!!!!