Sabtu, 22 Disember 2012

Siri Kedua 'Cintailah Sahabat Kita'


   Assalamualaikum warohmatullah hiwabarotuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, setelah lama kita hidup, Allah masih berikan kita peluang untuk bertaubat dan mengamalkan kebajikan. Ayuh kita mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya. Alhamdulillah, siri kedua ‘Cintailah Sahabat Kita’ telah pun disiapkan dengan penuh ranjau dan duri. Ini semua berkat daripada Yang Maha Esa. Jadi, baca, renungkan, ambil iktibar dan laksanakan yang terbaik. Insya-Allah!

**********

   Bingkas sahaja dia bangun daripada sujudnya, dia melihat sudah tiada orang di dalam surau itu. Dia fikir semua orang sudah berada di sekolah atau asrama. Dia terus melihat jam dinding, jarum menunjukkan sudah pukul 2.45 petang. Alhamdulillah, dia dengan bergegas ke sekolah untuk belajar sambil itu dia melalui kelas temannya iaitu Dolah di 5 Tekun. Dolah dan Syafiq sedang belajar bersama.

   Dia tersenyum dan mahu menegur, tetapi dia takut menganggu mereka. Dia meneruskan langkahnya menuju ke kelasnya, 5 Usaha. Tiada orang dalam kelasnya. Alhamdulillah, dia terus duduk di tempatnya dan membaca doa bagi memulakan pelajarannya.

   Dia terus belajar dengan penuh keasyikan. Dia merasakan yang seluruh dunia mengharapkan dia untuk cemerlang dalam SPM. Dia tekun belajar seorang diri sehingga jam berdetik pada pukul 4 petang.

*******

   Alhamdulillah, syukur hatinya. Subjek Fizik telah pun diulang kaji. Dia terus tutup bukunya dan membaca doa selesai belajar. Dia berharap apa yang dia mengulang kaji pelajaran sebentar tadi tersemat dalam hatinya dan dia ingat dalam fikirannya.

   Seusai sahaja, dia mengemas segala bahan ulang kaji pelajarannya dan tempat belajarnya. Dia turut mengemas kelasnya yang sedikit kemas. Semasa perjalanan pulangnya untuk menuju ke surau bagi menunaikan solat Asar, dia dengan sengaja melalui kelas Dolah.

   Ramai orang berada dalam kelas tersebut. Dia mengajak seorang demi seorang. Ramai yang kata “Lama lagi lah Affendy. Sabarlah. Lagi sikit ni.” 

   “Oh, lagi sikit ke? Solatlah dulu. Kejap lagi nak masuk waktu kan? Kerja tu nanti boleh siap. Kita datang surau cepat. Lepas tu dapat saf paling depan, solat berjemaah. Jemaah pertama tu. Ya Allah, banyak manfaatnya. Lepas tu, buatlah kerja, Insya-Allah boleh siap punya. Lagi satu, maut tak kenal siapa kita. Mana tahu, kalau-kalau ajal menjemput kita sebelum kita sempat menunaikan solat?” tanya Affendy sambil tersenyum. Alhamdulillah, hampir kesemua telah bergerak ke surau kerana wujud keinsafan dalam diri mereka. Cuma beberapa orang sahaja. Hardcore punya budak lah katakan.

   Akhirnya dia pergi ke arah Dolah yang sedang belajar berdua-duaan dengan Aisyah. Dia melihat Dolah sedang duduk bertentangan mata dengan buah hatinya, Aisyah. Mereka sedang ‘belajar’ dengan sungguh mesra tanpa menghiraukan kehadiran Affendy di sebelah mereka. Affendy tersenyum namun hatinya terus beristighfar dan berdoa untuk dirinya dan rakan-rakannya itu. Dia terus menepuk bahu Dolah dan menegur sambil tersenyum, “Assalamualaikum, mari Dolah, kita pergi surau sekarang. Dah nak masuk waktu Asar dah.” 

   Aisyah yang kelihatan terkejut dan gelisah kerana seorang Naqib berada di sebelahnya, dengan serta-merta menyampuk, “Wa’alaikumussalam. Betul tu Affendy. Dolah pergilah ke surau sekarang. Kau tanyalah Affendy, dia lagi pandai daripada kita.” 

   Affendy yang nampak jelas kemerahan mukanya terus berkata, “Mana ada, Aisyah. Tipu je.” Dolah dengan muka yang sedikit kecewa, menoleh ke belakang dan berkata sambil buat-buat ketawa, “Kau pergilah dulu. Nanti aku datang, Sikit lagi ni.” 

   Affendy tersenyum sambil berkata, “Jomlah.” terus mencubit pipi Dolah. “Sakitlah, aku cubit ko nanti, baru ko tahu. Nanti aku pergilah. Kau pergi dulu,” kata Dolah. “Mana Syafiq?” tanya Affendy. Dolah dengan muka marahnya, “Kawan lupakan kawan. Syafiq tu lupakan aku. Bukan reti nak tunggu aku. Dia dah pergi dengan Haziq tadi.” 


   Affendy tergelak sedikit, “Kalau gitu, aku tunggu ko, ok?” “Gelakkan aku pula. Kau pergi dulu. Kau jadi imam. Nanti aku ikut ko. Kalau ko jadi imam, aku jadi makmum.” Affendy tersenyum lebar, “Ada sahaja kau nak bagi alasan kan? Aku nak pergi surau sekarang. Fikirkanlah Dolah. Mana yang terbaik buat kau.”

   Lalu Affendy pergi dengan wajah tersenyum dan berkata, “Cepat tau, kalau nak syurga, tinggalkan dosa, kejarlah pahala.” “Ya Allah, maafkan daku kerana tidak berupaya mencegah. Semoga rakanku, Dolah mendapat hidayah-Mu,” bermonolog Affendy sambil menitiskan air matanya. Muka dia penuh dengan kecewa dan sayu. Dia hanya mahukan kasih seorang teman sebagaimana dia curahkan kepada temannya. Dia begitu mencintai sahabatnya itu, dia tidak mahu hanya dia seorang sahaja yang mengejar pahala, tetapi dia juga turut mahukan rakannya itu turut mengejar Jannah-Nya.

   Tiba-tiba dia ternampak Zikri, seorang Ketua Naqib. Dengan secepatnya dia mengesat air matanya dan cuba mengawal perasaannya. Dia tersenyum apabila memandang Zikri yang kelihatan seperti mahu mengejar sesuatu. Apa tidaknya, Zikri pasti akan meronda kawasan sekolah sebelum waktu Asar masuk. Itulah rutinnya setiap hari jika ada kelapangan. Jika dia sibuk, pasti ada Naqib yang menggantikan tempatnya. Affendy sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ketua begini.

   Affendy terus berubah wajahnya menjadi periang dan ceria, ke arah Zikri. “Assalamualaikum, Zikri. Jom solat,” ajak Affendy. “Wa’alaikumussalam. Sebentar ye. Anta dah ronda kelas-kelas itu?” tunjuk Zikri ke arah kelas Syafiq dan Dolah serta yang sebaris dengannya.

   “Dah,” jawab Affendy dengan sedikit gelisah. Dia takut Zikri akan sergah dan terus memarahi Dolah dan Aisyah walaupun ramai lagi yang berada dalam kelas itu, lebih-lebih lagi Aisyah dan Dolah belajar seperti begitu. Dia buntu. Dalam hatinya, dia banyakkan beristighfar. Dia berdoa kepada Allah untuk memutuskan mana yang terbaik buat rakan-rakannya.

   Zikri yang faham akan situasi terus berkata, “Anta pergi ke surau dahulu. Ana ada hal di kantin sekejap, ok?” Affendy mengangguk kepala tanda setuju tanpa berkata sepatah pun. Dia terus bersalaman dengan Zikri dan terus menuju ke surau dengan kadar segera selepas mengucapkan salam kepada ketuanya.

   Zikri hanya memerhatikan Affendy beredar. Sebaik sahaja dia melihat kelibat Affendy jauh daripada pandangannya, dia terus menuju ke kelas Dolah.

   “Assalamualaikum, semua.”


********

Sabtu, 17 November 2012


CINTAILAH SAHABAT KITA! 

Assalamualaikum w.b.t. Selamat bertemu lagi dalam ruang ilmiah yang dikongsi ilmu bersama. Maafkan saya kerana terlalu sibuk sehinggakan lupa untuk mengemas kini blog ini. Harap maafkan ye. Kali ini, saya ingin membawa satu cerpen bersiri yang berkisar sahabat. Pasti anda semua mempunyai sahabat istimewa kan? Saya berharap anda ada, kerana setiap orang pasti ada sahabat yang paling rapat dengan dia. Saya pun ada juga. Jadi kita layan dulu kisah ini dan mengambil ibrah daripada kisah siri pertama ini.

   “Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh!” sergah Affendy memberi salam dengan penuh semangat sambil mengetuk pintu bilik sahabatnya itu. “Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarokatuh!” jawab sahabat-sahabatnya. Affendy bermonolog sendirian, “Oh, kat sini rupanya mereka,” dia terus bertegur sapa dengan semua orang yang berada di dalam bilik itu sambil mengajak mereka pergi surau.Terdapat seorang budak lelaki sedang nyenyak tidur di atas karpet usang. Affendy terus duduk di sebelahnya dan dia berkata kepada orang yang sedang nyenak tidur diulit mimpi.

   “Dah jom, Dolah. Nanti terlambat pula ke surau untuk solat Zuhur.” Dolah hanya mengangguk sahaja.

   Affendy dengan sedaya upaya mengejutkan temannya itu lagi. Namun apa yang dikatakan oleh temannya, “Ya” dan mengangguk sahaja. Affendy tetap mahu mengejutkan temannya itu menunaikan solat Zuhur. Hatinya sedikit terkilan dengan respon yang diberikan oleh temannya itu, namun dia berfikiran positif dengan menyangka bahawa temannya itu kepenatan. Dia mahu mengejutkan temannya itu kerana perasaan cintanya terhadap temannya itu. Dia tidak mahu temannya itu terlepas ganjaraan jemaah pertama di surau.

   Lima minit kemudian, Affendy gagal mengejutkannya,”Tak pelah, Dolah, aku tahu yang engkau tak akan meninggalkan solat. Jangan lupa solat tau  kat surau.”

   Lalu Affendy dengan muka sedikit kecewa, mengejutkan sahabat-sahabat yang lain yang juga asyik dengan mimpinya demi mengajak ke surau bagi menunaikan solat Zuhur kerana Allah di rumah-Nya. Semua teman yang lain sudah pergi kecuali Dolah. Sekali lagi, Affendy mengejutkan Dolah dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Dia tidak mahu memaksa dan memarahinya.

    Selepas Affendy mengejutkan Dolah sekali lagi lalu berkata, “Aku tahu yang engkau tidak suka aku bercakap apabila mengejutkan engkau.” 

   Dolah mengangguk. Affendy hanya mampu tersenyum melihat kerenah temannya walaupun hatinya terluka sedikit. Affendy baru sahaja hendak keluar daripada bilik itu,  temannya lagi seorang iaitu Syafiq masuk dan memberi salam, Affendy dan Dolah menjawabnya.  Affendy dalam hatinya berdoa “Ya Allah, bantulah Abdullah pergi solat Zuhur di surau.” Syafiq pun terus kepada Dolah dan mengejutkannya.

   Dengan sekali tepukan,  Dolah bangun dan berkata “Jom Syafiq.”

   Mereka meninggalkan Affendy tanpa melihat Affendy sambil rancak berbual. Affendy tersenyum sekali dan bersyukur kepada Allah kerana  Dia telah memakbulkan doanya . Affendy pergi ke surau bersendirian dengan kadar segera. Ketika Affendy hendak solat berjemaah, Syafiq dan Dolah juga hendak solat, dalam hatinya “Solatlah di sebelahku.”

   Mereka iaitu teman Affendy pergi sejauh mungkin daripada Affendy walhal sebelah Affendy kosong. Affendy tersenyum tawar pun berkata dalam hatinya dengan tersenyum, “Alhamdulillah, solat pun teman-temanku dalam surau walaupun bukan sebelahku.”

   Selesai sahaja solat Affenndy terus melakukan ibadah selanjutnya iaitu wirid, berdoa, sujud taubat, solat sunat rawatib, dan solat sunat hajat. Selepas itu, Affendy terus membaca al-Quran sebanyak 8 muka surat setiap hari tanpa melihat sahabat-sahabatnya dan teman-temannya kerana Affendy sedang menyemai rasa cintanya kepada Yang Maha Esa. Leka sedang ‘beronline’ dengan Allah tanpa mengetahui bahawa surau itu sudah pun beransur-ansur kosong.

   “Alhamdulillah,” ucap Affendy. Affendy terus sujud dengan penuh tawaduk, khusyuk, rasa hina yang teramat dan kerdil di hadapan Yang Maha Pencipta, Affendy menangis teresak-esak di dalam sujudnya di satu sudut yang tak ramai orang ada iaitu di hujung surau.

   Affendy terus berdoa meluahkan apa yang ada dalam hatinya,

   “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya untuk-Mu, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W. Ya Allah Yang Maha Pengampun, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Esa, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Memberi Petunjuk, Yang Maha Adil, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Melihat! Aku ini hanya hamba-Mu yang sungguh hina, yang sungguh lemah yang tiada kekuatan selain kekuatan itu dipinjamkan oleh-Mu! Ampunilah daku, Ampunilah ibu bapaku, Ampunilah keluargaku, Ampunilah saudara-saudaraku, Ampunilah rakan-rakanku, Ampunilah kaum muslimin wa muslimat mukminin wa mukminat, Ya Allah! Aku tak tahu, Ya Allah. Apa yang harus aku lakukan. Bantulah aku, Ya Allah. Hanya kepada Engkau sahaja yang mampu aku mengadu. Hanya kepada Engkau sahaja aku mampu meminta. Hanya Engkau sahaja yang tahu betapa sedihnya hatiku. Hanya Engkau sahaja yang tahu isi hatiku. Engkaulah Maha Mengetahui. Ya Allah, aku mohon agar Engkau lembutkanlah hati rakan-rakanku menerima aku seadanya terutamanya Dolah yang aku anggap orang yang paling rapat denganku. Aku tak tahu Ya Allah. Aku buntu Ya Allah. Bantulah hambuMu ini, Ya Allah!!! Ya Allah….”

   Affendy terus menangis dengan penuh keesak-esakan. Dia menangis seperti bayi merintih kelaparan. Betapa dia amat berharap agar doa dia diterima. Dia menyambung doanya,

   “Ya Allah, aku memohon hanya kepada Engkau. Kuatkanlah semangatku, bangunkan aku daripada alam fantasi ini. Ya Allah, aku meminta, aku merayu Ya Allah agar hatiku ini tabah menerima segala dugaan agar aku tidak mudah kecewa dengan segala-galanya. Aku tidak akan berputus asa dengan rahmat-Mu, Ya Allah! Ya Allah…..”. 

   Dia terdiam seketika kerana suaranya tidak boleh keluar lagi kerana terlalu sedih dengan apa yang berlaku dengannya sepanjang dia hidup namun dia perlu redha dengan ketentuan Ilahi.

    “Ya Allah, bantulah hambaMu ini menjadi hamba yang bertakwa. Engkau kabulkanlah doaku ini Ya Allah. Ya Allah, aku ialah hamba-Mu yang sangat lemah. Hanya kepada Engkau sahaja aku meminta. Hanya kepada sahaja aku bergantung. Ya Allah, aku memohon agar cintaku terhadap-Mu melebihi segala-galanya. Aku berharap agar cinta sahabat-sahabatku dan teman-temanku terhadapku sama seperti aku mencintai mereka. Ya Allah Engkau limphakanlah rahmat-Mu kepada kaum muslimin dan muslimat. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.”

Khamis, 8 Mac 2012

MAAF~



MAAFKAN SAYA KERANA SAYA SANGAT SIBUK BUAT MASA INI.....


MAAFKAN SAYA....


Isnin, 27 Februari 2012

PROLOG....


Prolog

Lahirnya seorang insan

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”
(Surah at-Tahrim:6)




      Pada awal bulan 6 tahun1994 Masihi bersamaan 26 Zulhijjah 1414 Hijrah. Haji Fauzi dan keluarganya tinggal di Taman Laksamana, sebuah taman yang kecil namun jiran dalam taman itu mengamalkan semangat kejiranan. Setiap hari, Haji Fauzi terpaksa berulang alik dari kediamannya ke pejabat Tabung Haji bagi mencari rezeki yang ditaburkan oleh Allah di muka bumi ini. Kekadang Haji Fauzi terpaksa pergi luar negeri bagi menyelesaikan masalah Jemaah haji di sana.
 Pada suatu petang, Hajah Jamilah yang sedang sarat mengandung anak keempat menunggu kepulangan suaminya. Tidak lama kemudian, Hajah Jamilah terdengar deruman enjin kereta Proton Wira yang sedikit uzur. Ketiga-tiga anak kecil Hajah Jamilah berlari ke arah pintu rumah tanpa mengendahkan amaran ibunya, “Along, Kakak,Udin, jangan lari, nanti jatuh, sakit!”
Image Detail
     


      Mereka menunggu di halaman rumah dengan penuh teruja seperti tunggu giliran untuk mengambil hadiah. Sebaik sahaja Haji Fauzi membuka pintu kereta, Udin terus berlari ke arah ayahandanya yang tersayang sambil menjerit, “Udin sayang ayah!” Along dan Kakak menjelingkan mata mereka tanda cemburu dengan perlakuan Udin. Hajah Jamilah yang dapat menghidu kerenah Along dan Kakak terus berkata , “Tak payahlah nak berlagak macam orang dah besar, pergi peluk ayah cepat, jangan biarkan Udin seorang sahaja yang dapat.” Along dan Kakak tersenyum dan berkata dengan serentak, “Kita tunggu ayah masuk sebab Mak selalu kata sabar itu sebahagian daripada iman, kan?” Hajah Jamilah tersenyum apabila mendengar jawapan daripada dua orang anaknya walaupun umur mereka baru setahun jagung.
      Haji Fauzi memberi salam dengan wajah yang ceria sambil mendukung Udin, “Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh, wahai anak-anak ayah dan isteriku.” Mereka menjawab salam tersebut. “Selamat pulang  suamiku. Semoga Allah merahmati kehidupan kita sekeluarga,” kata Hajah Jamilah sambil menyambut kepulangan suaminya dengan wajah ceria.
      Kemudian katanya lagi, “Kakanda tentu kehausan. Minumlah air ini bagi menghilangkan dahaga.” Hajah Jamilah tersenyum sambil menghulurkan segelas air minuman kepada suaminya.
      “Terima kasih, adinda. Cuaca hari ini sungguh panas,” kata Haji Fauzi lalu meneguk air itu bagi mneghilangkan dahaganya dengan membiarkan anak-anaknya bermain di halaman rumah.
      Kemudian dia termenung seolah-olah ada sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya. Hajah Jamilah berasa tidak senang hati. Dia terus mengambil sebatang rotan lalu dihulurkan kepada suaminya.
      “Sekiranya ada perkara yang tidak menyenangkan hati kakanda ataupun menimbulkan kemarahan kakanda pada hari ini, pukullah adinda dengan rotan ini.”
      Haji Fauzi terkesima lalu memandang isterinya dengan penuh kasih sayang. Dia dapat melihat cahaya keimanan yang terpancar daripada wajah isterinya yang solehah. Dia tahu yang isterinya tidak pernah meninggalkan ibadahnya bersama-sama dengan dia dengan sengaja terutamanya pada waktu qiamullail. Dia juga tahu yang isterinya sering berqasidah dan berzikir jika ada waktu lapang. Itulah yang membuatkan Haji Fauzi semakin mencintainya.
     “Adinda adalah isteri yang baik dan sedang mengandungkan zuriatku. Simpanlah rotan ini kerana kakanda tidak tergamak memukulmu. Tambahan pula, adinda tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak menyakiti hatiku,” katanya sambil tersenyum.
      “Sebentar tadi kakanda termenung seperti ada sesuatu yang tidak menyenangkan hati. Adinda khuatir sekiranya melukakan hati kakanda,” kata Hajah Jamilah.
      “Kakanda sedang memikirkan nasib kita yang berada jauh dari kampung halaman. Tambahan pula kita miskin tidaklah semewah seperti orang lain. Kakanda tidak mampu memberikan kehidupan yang mewah kepada adinda dan anak-anak kita.”
      “Apakah kakanda sudah lupa dengan janji kita sebelum kita bernikah?” Tanya Hajah Jamilah.
      “Masakan kakanda boleh lupa yang kita pernah berjanji akan bersama menghadapi suka ataupun duka sepanjang kehidupan kita bersama,” jawab Haji Fauzi.
      “Bersabarlah wahai kakanda. Adinda dan anak-anak tetap bahagia walaupun kita hidup kita ini tidak semewah orang lain, yang penting adalah jiwa dan hati kita mewah dengan ilmu dan keimanan. Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 153: “Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”. Allah akan bersama dengan kakanda jika kakanda bersabar, pohonlah kepada Yang Maha Pencipta kerana Dia Maha Kuasa atas segala-galanya,” kata Hajah Jamilah sambil tersenyum.
      Dia berasa bertuah kerana mendapat isteri yang solehah. Hajah Jamilah melakukan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik dan tidak pernah bersungut walau kehidupan mereka tidak semewah orang lain.
      “Hari ini genap sembilan bulan kandungan ini. Tidak lama adinda bakal melahirkan zuriat kakanda, Insya-Allah,” kata Hajah Jamilah dengan penuh harapan.
      “Kakanda juga gembira. Semoga kita mendapat anak lelaki. Apabila besar kelak menjadi seorang pendakwah yang penyabar dan berjaya dalam kegiatan dakwahnya,” kata Haji Fauzi pula, juga dengan penuh harapan.
      “Kenapa anak lelaki lagi?” gurau Hajah Jamilah.
      “Kalau begitu, adinda nak perempuan ana tidak kisah, yang penting adalah kakanda berharap anak kita itu seorang pendakwah yang sabar dan berjaya,” kata Haji Fauzi dengan sedikit tertawa.
      “Adinda bergurau sahaja. Semoga anak kita tahu akan erti sebenar sabar dan dapat mencontohi teladan Rasulullah S.A.W.,” kata Hajah Jamilah sambil tersenyum.
      Haji Fauzi tersenyum melihat gelagat isterinya yang mahu suaminya lupakan segala kekusutan. Haji Fauzi juga mempunyai harapan yang sama seperti isterinya. Umat Islam ketika ini terutamanya remaja sudah berada di ambang kemaksiatan dan kehancuran. Tiba-tiba Haji Fauzi teringat kata-kata Saidina Umar Al-Khattab lalu terus berkata, “Kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang.” Hajah Jamilah dan Haji Fauzi mengangguk kepala tanda setuju sambil beristighfar.
      Mereka berdoa agar harapan mereka menjadi kenyataan. Biarlah kita miskin harta benda tetapi kaya dengan iman, ilmu, akhlak.

Air muka Hajah Jamilah tiba-tiba berubah. Hilang senyuman yang tadinya terukir di bibir. Dahinya tiba-tiba sahaja berpeluh dan dia melutut agak lemah di hadapan suaminya. Haji Fauzi lantas menyambut tangan isteri kesayangannya itu dan menggenggam erat ke dalam pelukannya.

   “Adinda?” Dahinya berkerut, jelas tergambar kebimbangan pada wajahnya. Along, Kakak, dan Udin berlari masuk ke ruang tamu rumah itu dan berebut  mendapatkan ibunya.

    “Masanya sudah tiba..,”balas Hajah Jamilah sambil mengucup tangan suaminya dan mengusap lembut kandungannya. Dia kelihatan tenang.

        “Apa?”jawab Haji Fauzi, sedikit terkejut.
        “ Yea, Udin nak dapat adik !” teriak Udin girang sambil melompat-lompat   tanpa mempedulikan Along dan Kakak.

                                                        *******
      

Khamis, 16 Februari 2012

Wanita

             
                  
WANITA


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.......


Alhamdulillah dapat juga saya update blog ini,. maafkan saya wahai saudara-saudari sekalin...
Saya terlalu sibuk mengarang sebuah novel yang bertajuk 'Dengarlah Rintihanku', Insya-Allah ana akan siap akhir tahun ini,. tidak tahulah bila nak diterbitkan atau tidak diterbitkan......
Saya nak minta tolong dengan saudara-saudari sekalian untuk tunjuk ajar saya untuk buat blog ini lebih menarik antaranya ialah bagaimana hendak buat bahagian komen? Sebarang jawapan ialah post pada wall saya iaitu Muhamad Faiz Mohamed Fauzi di Facebook....

Alhamdulillah,. sekarang kita akan menceritakan tentang wanita tetapi sebelum baca sila tekan video lagu muslimah, biar ada 'feel' bila membacanya....

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahal yang besar."
(Al-Ahzab:35)
Akal Senipis Rambutnya...
Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang tiada di dalam syurga?


Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin menderita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan melihat nilaian dan keadilan Ilahi Rabbi.. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan... Ia bukan diskriminasi Allah...Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...Wanita yang lupa hakikat kejadiannya.. Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin bengkok...

Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi Yang Maha Berkuasa mencipta segalanya..Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.. Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata....Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan...Pastikan sebelum wanita bertemu Illahi Rabbi, selamatkan dan sempurnakanlah dirinya...Dekatkan dirinya kepada Allah SWT... Nescaya akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat di bawah kepimpinanmu....

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra',. Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali K.W.....



Ahad, 29 Januari 2012

Halawatul Iman~




Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.........

"And when you are greeted with a greeting. Greet with a better greeting than it or return it: Surely Allah takes account of all things."
                                                             The Holy Qur'an Translation Of [4:86]

  Selamat datang ke blog saya! Saya berharap agar kita dapat berkongsi ilmu di dalam blog saya yang ringkas. Segala kesilapan harap dimaafkan kerana saya baru hendak belajar menulis dalam blog jadi kemungkinan ada kesilapan di dalam blog saya. Sebelum itu marilah kita membaca doa belajar agar ilmu yang diperoleh ini diberkati Allah~ 

Pesan Imam Syafie: "Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat."

                          Buah cempedak di luar pagar,
                         Ambil galah tolong jolokkan,
                        Saya budak baru belajar,
                        Kalau salah tolong tunjukkan.

Kita mulakan dengan topik kita yang pertama iaitu Halawatu Iman.Apakah Halawatul Iman???? Halawatul Iman ialah kemanisan iman... Mari hayati pesan Rasulullah SAW...

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan diamencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita 3 sifat ini (yang tersebut dalam hadith di atas) agar 'kemanisan iman' itu benar-benar dirasai.
Mengapa perlunya kemanisan iman? Kerana dengan kemanisan iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa redha dan tawakkal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.

Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya. Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.

Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.

"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" 
                                                                                                                                             [32:17]

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. ALLAHU AKBAR!!!!!!!